Entertainment

(VIDEO) “Seram Baca Komen..” – Netizen ‘Naik Hantu’ Baca Luahan Skandal Suami Orang Di TikTok

Tular di media sosial Twitter semalam mengenai satu perkongsian TikTok yang memaparkan komen daripada wanita yang mendakwa diri mereka perempuan simpanan atau ‘skandal’ kepada lelaki yang bergelar suami orang.

Komen berbaur rindu akan suami orang yang pulang beraya bersama anak dan isteri itu kemudiannya menjadi bahan bualan netizen yang rata-rata berasa meluat dengan sikap wanita-wanita berkenaan.

Antara komen-komen dalam tangkap layar komen TikTok itu adalah seperti;

“Rindu sangat..”

“Tengah tunggu si dia balik dari kampung baru boleh beraya sama..”

“Masing-masing menunggu dengan sakit hati, nak sangat kan, kena sabar..”

Malah ada juga wanita yang tidak kisah ‘menunggu’ kerana sudah diberi wang ringgit daripada suami orang itu.

Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dimuat naik @ayuazizz ini, ramai netizen meluahkan rasa ‘seram’ dan geram dengan tindakan wanita yang boleh dianggap sebagai perampas ini.

Apa yang menjadi punca ramai yang berasa tidak puas hati adalah apabila wanita-wanita ini seperti bangga dengan tindakan mereka meskipun ia secara terang-terangan salah dan berdosa.

Selamat Hari Raya ‘suami’ orang tersayang. Beraya dulu bersama isteri dan anak-anak you dulu tau. Nanti kita raya bersama. Rindu kamu sangat.

Dan sudah pasti, ramai yang mengecam tindakan itu yang dianggap sebagai keterlaluan dan ‘tidak tahu malu’.

Wanita dirisik dua orang satu masa


38 minit lalu

(VIDEO) Kekasih Datang Nak Bincang Pasal Tunang, Wanita Terkejut Lelaki Lain Datang Merisik Di Hari Raya




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.