Entertainment

(VIDEO) “Mudahnya!” – Gadis Kongsi Tips Cara Pilih ‘Foundation’ Tanpa Perlu Guna Tester

Kebiasaannya pelanggan yang ingin membeli krim asas solekan ‘foundation’ akan mengenakan tester di wajah bagi memastikan ‘shades’ yang dipilih bersesuaian atau tidak.

Tambahan di waktu PKP, kebanyakan butik atau kedai menjual alat solekan ini tidak lagi menyediakan tester bagi memastikan tiada penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pelanggan.

Namun begitu, perkongsian daripada seorang gadis ini mungkin dapat membantu para wanita di luar sana memilih ‘foundation’ bersesuaian tanpa perlu mengenakan tester.

Dalam video TikTok, @sabrinanuar telah berkongsikan cara mudah memilih basis hanya dengan menggunakan Instagram.

Caranya mudah, hanya muat naik selfie anda di IG Story, gunakan ‘swatch foundation’ sebagai petunjuk dan gunakan draw device bagi mencari warna yang bersesuaian.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa teruja dengan suggestions tersebut telah menarik perhatian mereka di luar sana terutamanya para gadis.

Wah, senanglah lepas ni, tambahan pula dah nak raya ni kan!

ketupat keras


17 jam lalu

“Boleh Patah Gigi..”- Lelaki Beli Ketupat Keras Macam Batu, Baling Ke Lantai Pun Tak Pecah




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.