Entertainment

(VIDEO) “Meja Ni Tak Order Ni!”- Peniaga Restoran ‘Buat Muka’ Bila Ditegur Salah Hantar ‘Order’

Sepanjang bulan Ramadan, ramai ahli keluarga yang mengambil masa untuk meluangkan masa dengan berbuka puasa bersama kerana ianya merupakan satu bulan yang istimewa dan berlaku sekali dalam setahun.

Kebanyakkan restoran-restoran juga akan ditempah lebih awal kerana selalunya restoran akan penuh semasa berbuka puasa.

Namun, kadang-kadang tempahan yang dibuat tidak sama dengan apa yang diminta oleh pelanggan. Itulah yang terjadi oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai @miya di mana tempahannya tersilap ambil oleh peniaga restoran.

Tetapi, perasaan kecewanya bukan disebabkan makanan yang salah diberi oleh peniaga, tetapi cara layanan peniaga restoran itu kepada dia dan keluarganya. Menurutnya, menu ‘buttermilk’ tidak disertakan dalam tempahan, bagaimanapun peniaga kedai tersebut meletakkan menu itu di atas meja mereka.

Dia dan keluarga juga bersepakat untuk membayar makanan itu walaupun tersalah, akan tetapi pelayan di kedai itu membuat kecoh dan mengambil semula makanan yang telah diletakkan di atas meja dengan alasan makanan itu tidak ditempah oleh mereka.

Peniaga itu juga tidak meminta maaf kepada dia dan keluarga sebaliknya ‘membuat muka’ dan juga cara percakapan peniaga restoran itu sangat kasar terhadap Miya.

Cerita terperinci juga diceritakan oleh Miya di ruangan komen TikTok.

Rata-rata netizen juga turut berasa tidak puas hati menerusi video yang dimuat naik dan mengharapkan layanan yang lebih baik daripada peniaga restoran kepada pelanggan yang datang ke restoran.


20 jam lalu

(VIDEO) “Berniagalah Cara Jujur…” – Wanita Bengang Peniaga ‘Buat Tak Tahu’ Lepas Mengadu Makanan Berulat




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.