Entertainment

[VIDEO] Dihina Rumah Hampir Roboh, Suri Rumah Tetap Bangga Buat ‘Content’ Aktiviti Harian

Seorang wanita yang merupakan suri rumah menarik perhatian warganet dengan kontennya yang mencuit hati di laman TikTok. Meskipun kehidupannya dilihat serba kekurangan, namun ia bukan alasan untuk wanita ini menjadi tabah serta meneruskan kehidupan dalam membesarkan anak-anaknya.

Bangga tunjuk pekerjaan harian

Menerusi beberapa video yang dimuat naik Yoona Chiee di TikTok, memaparkan kisah seorang ibu yang bangga menunjukkan pekerjaan harianya di rumah tanpa mengeluh. Malah, turut kelihatan dirinya membasuh baju sambil melihat anaknya membuat kerja sekolah.

Dalam pada itu, ada juga warganet yang sempat bertanya mengenai botol berisi air yang memenuhi ruang rumahnya itu. Jelasnya, botol-botol berkenaan adalah untuk pelbagai kegunaan seperti air untuk mandi dan mencuci pakaian. Difahamkan, rumahnya sering terputus bekalan air sehingga menyebabkan dirinya terpaksa menyimpan air dalam kadar yang banyak.

Buat stok air dan memang suka kumpul botol mineral sebab nak isi air. Air dalam botol ni untuk kegunaan harian. Setiap hari basuh kain dan yang lain untuk kegunaan tandas. Tak banyak baldi nak isi air. Sini ada air sampai petang je, malam sampai tengah hari air takde sebab nak elak paip rosak.

Apa pun terima kasih sebab tanya. Kalau nak tahu sangat kehidupan kat sini datang lah nanti baru tahu macam mana. Walaupun saya orang kampung tapi saya tahu sakit  tu apa dan apa yang memudaratkan diri sendiri.

Walau bagaimanapun ada juga warganet yang seakan-akan menghina rumah yang diduduki olehnya dengan mengatakan rumah tersebut seperti hendak roboh. Namun begitu, dia tidak mengambil hati mengenai kata-kata sedemikian malah dia turut bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah SWT.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan mengakui bahawa dia hanyalah seorang insan biasa yang tidak lari daripada membuat kesilapan.

Ramai sangat kecam dari video sampailah kat live. Tak apa lah saya terima sahaja apa yang korang kata tentang saya. Saya salah korang tak salah. Semoga Allah SWT korang sentiasa lindungi korang dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Tak apa lah dunia ni milik korang. Saya hanya menumpang di dunia ni. Saya hanya singgah sahaja. Maafkan saya kalau saya selalu salah di mata korang.

‘Inilah dunia saya’

@yoonachiee Semoga berjaya anak ku??????#surirumahsepenuhmasa #bahagiaitusederhana #gengnustan? #orangkampung? #syukurapaadanya#alhamdulillah?? #kudatcrew_fams #sabahan#fyp? #fyp??viral ? suara asli – ????? ??????
@yoonachiee Reply to @ayorss bgtue adk ku syg? tq?#orangkampung? #bahagiaitusederhana#alhamdulillah?? #surirumahsepenuhmasa #gengnustan? #menghiburdirisendiri #syukurapaadanya #sabahan #kudatcrew_fams #fyp? #fyp??viral ? original sound – YoonaChiee

‘Maaf kalau saya salah di mata korang’

@yoonachiee Reply to @ommohdhashim Insha-Allah tq?? #orangkampung?#surirumahsepenuhmasa #bahagiaitusederhana#gengnustan? #menghiburdirisendiri #forfunonly #sabahan #kudatcrew_fams #fyp? #fyp??viral ? original sound – YoonaChiee
@yoonachiee Aku insan biasa hanya menumpang d dunia?#orangkampung?#gengnustan? #surirumahsepenuhmasa #bahagiaitusederhana #alhamdulillah??#fyp? #fyp??viral #menghiburdirisendiri #forfunonly#sabahan #kudatcrew_fams #forfunonly ? suara asli – ?????? ???????

Sumber : yoonachiee



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.