Entertainment

(VIDEO) “Dahla Gemuk, Miskin..” – Pujuk Teman Wanita Nak ‘Get Back’, Lelaki Ini Dikeji Kekasih Hati Curang

Terdahulu, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki telah berjaya merakam kekasih hatinya berlaku curang di depan matanya sendiri.

Susulan daripada video yang telah berjaya menarik perhatian ramai netizen di luar sana itu, lelaki itu difahamkan ada membuat video terbaru di mana dia telah memujuk kekasihnya itu untuk ‘get back’ semula.

Namun begitu, wanita itu difahamkan tidak ‘makan’ dengan pujuk rayu lelaki itu malah turut menghina kekasihnya itu dengan perkataan yang kurang baik.

Lebih sayu, wanita itu turut mengutuk fizikal lelaki itu sehingga dia berjujuran air mata kerana terasa hati dengan penghinaan sedemikian rupa.

Tidak mengalah, lelaki itu tetap memujuk dan berkali-kali meminta maaf meskipun wanita itu telah berlaku curang dengan lelaki lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati dengan nasib lelaki tersebut dan menasihatkan dia agar melupakan sahaja kekasihnya itu kerana berperangai tidak baik dan tidak menghormati orang lain.

Ramai juga yang mendoakan agar lelaki itu dipertemukan dengan wanita yang lebih baik dan menerima dirinya seadanya.

kantoi curang depan mata


18 jam lalu

(VIDEO) “Turun Air Mata Jantan..” – Kekasih Curang Depan Mata, Beri Alasan Tolong Mak Siapkan Persiapan Raya

ya




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.