Entertainment

(VIDEO) “Berniagalah Cara Jujur…” – Wanita Bengang Peniaga ‘Buat Tak Tahu’ Lepas Mengadu Makanan Berulat

Sepanjang Ramadan, banyak kali kita dengar isu makanan yang dibeli tercemar oleh pelanggan. Seperti baru-baru ini ada gerai yang menjual mi goreng yang dicemari ulat.

Kali ini lagi kes terbaru isu makanan berulat yang dikongsikan oleh pengguna TikTok di mana video tersebut menunjukkan lauk ikan yang dibeli penuh dengan ulat.

Menurut caption yang dibuat oleh pemilik video TikTok tersebut, pemilik kedai itu tidak mengendahkan aduannya, sebaliknya mengambil makanan yang dipenuhi ulat itu dan diletakkan di belakang.

Jelasnya juga, dia terpaksa berbuka puasa hanya dengan meminum air kerana kejadian itu. Pemilik video itu juga meluahkan rasa kecewa dan berharap  peniaga akan bersikap lebih jujur semasa berniaga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyatakan rasa tidak senang dengan keadaan kebersihan makanan dan berasa trauma untuk membeli makanan di bazar.

mi goreng viral


4 hari lalu

(VIDEO) “Macam Sihir Je..” – Gerai Mi Viral Jadi Tumpuan, Netizen Hairan Masakan Panas Ada Ulat




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.