Entertainment

[VIDEO] Baru Pulang Kerja, Pemuda Kecewa Tengok Koleksi Patung Anime ‘Jahanam’ Akibat Tetamu Datang Beraya

Sering kali kita mendengar mengenai isu barang rumah rosak ketika tetamu datang beraya. Sebagai ibu bapa kita perlu memantau gerak-geri anak semasa datang beraya supaya tiada barang yang rosak. Namun, ada juga ibu bapa yang tidak ‘berkeras’ untuk menegur anak-anak sehingga menyebabkan mereka berani menyentuh barang-barang milik tuan rumah.

Koleksi patung rosak akibat tetamu

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Leng, berkongsi kisah di mana koleksi patung anime miliknya yang mahal rosak akibat perbuatan tetamu ketika datang beraya.

Tidak mampu untuk berkata apa-apa, lelaki berkenaan yang baru sahaja pulang dari tempat kerja berasa kecewa dengan apa yang berlaku terhadap koleksi patungnya itu.

Balik kerja, tengok-tengok dah jahanam semua.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan sebahagian daripada anggota badan patung terbabit tertanggal dan lebih perit lagi apabila ada juga yang sudah pecah serta tidak menyerupai bentuk determine yang asal.

Video berdurasi 15 saat itu meraih lebih 821 ribu tontonan dan mendapat lebih 99 ribu tanda suka di TikTok.

‘Raya punya pasal’

@lengtanker Raya punya psl ? #determine ? the one which received away ALSA AQILAH COVER – sadvibes?

Sumber : lengtanker

 



Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.