Entertainment

(VIDEO) “Adat Apa Ni?” – Aksi ‘Merompak’ Ketika Majlis Kahwin Ini Raih Perhatian Netizen

Dalam Malaysia terdapat banyak adat-adat semasa berkahwin seperti berinai dan sambut menyambut. Tetapi ada juga adat yang ‘uncommon‘ atau tidak pernah dilihat sebelum ini .

Baru-baru ini, satu adat perkahwinan yang ‘pelik’ dikenali sebagai upacara ‘merompak’ masuk ke rumah pengantin perempuan menjadi tumpuan warganet di TikTok.

Upacara itu menunjukkan, aksi tolak menolak terjadi antara pihak keluarga lelaki dan perempuan. Ramai netizen tertanya-tanya tentang keunikan adat tersebut kerana ianya sangat jarang dilihat berlaku dalam upacara perkahwinan orang Melayu.

Objektif dalam adat ‘merompak’ ialah memastikan satu wakil melepasi sempadan pintu dan jika seorang berjaya adat itu dianggap selesai.

Rata-rata netizen menyatakan bahawa perkara itu kelihatan seronok dan boleh merapatkan silaturrahim antara ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan.

Selain itu, ada juga yang berasa bangga dengan adat itu kerana ianya masih dilakukan oleh sesetengah pihak dan tidak membiarkan adat itu ditelan zaman.

Myvi


1 hari lalu

“Mak Ke Awak Yang Nak Kahwin” – Gadis Rungsing Ibu ‘Reject’ Bakal Menantu Hanya Kerana Kereta Myvi




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close