Entertainment

(VIDEO) 40 Minit ‘Kaku’ Di Udara, Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Pesawat Dilanda ‘Turbulence’ Dahsyat

Seorang individu baru-baru ini telah berkongsi pengalamannya menaiki sebuah pesawat yang mengalami ‘turbulence’ dahsyat pada 17 Disember 2021 yang lalu.

Menurut individu yang dikenali sebagai Idzaudin ini, dia menganggap tragedi itu sebagai pengalaman yang cukup ngeri yang pernah dialaminya sepanjang hayat.

Kata Idzaudin, dia menaiki penerbangan dari bercuti di Pulau Langkawi untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Sepatutnya saya berlepas pukul 7 malam tapi ditangguhkan. Kami diarahkan naik pada pukul 8 malam. Pada awalnya kapal terbang bergerak macam biasa saja. Tapi ketika di Ipoh, dekat skrin kecil tu nampak kapal terbang berpusing.

Jelasnya, pesawat berada dalam keadaan ‘on hold’ atau tidak bergerak sekitar 40 minit.

Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk ke tandas dan ketika menunggu giliran, ketika itulah berlaku ‘air turbulenca’ yang dahsyat sehingga menyebabkan pesawat hilang keseimbangan,

Agak kuat juga rasa bergelora tu. Pesawat itu bergerak ke atas dan ke bawah serta ke kiri dan ke kanan berulang kali. Kebetulan pramugari ada dekat situ dan meminta kami yang beratur untuk duduk dekat lantai.

Idzaudin turut memuatnaik video yang sempat diambil ketika kejadian mengerikan itu berlaku sebelum tular di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut menceritakan pengalaman mereka ketika menaiki kapal terbang dan berdepan situasi yang sama seperti Idzaudin.

“Pernah kena macam ni. Masa tu ‘auto taubat’ mengucap tak henti-henti” komen seorang netizen.

tips pilih foundation tanpa pakai tester


16 jam lalu

(VIDEO) “Mudahnya!” – Gadis Kongsi Tips Cara Pilih ‘Foundation’ Tanpa Perlu Guna Tester




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.