News

Tragedi kebakaran Berek 12

ADA kata sebab kebakaran adalah mercun bola. Ia bahaya dan sudah sebabkan tragedi ini. Ia dah berlaku. Bukan nak syarah isu mercun, tapi pasal air untuk bomba sembur api. Sedih dan kecewa. Marah. Air tak ada. Itu rata-rata komen netizen.

Apa pun sebab, kelemahan ini wajib diakui dan diperbaiki. Rakyat mahukan penyelesaian. Dan insya-AllahAKSB mampu serta perlu bekerja keras menjayakannya. 

Advertisement

Cuma, apa cerita sebenar kes hari ini? Sudut pandangnya bagaimana? Ia perkara teknikal bagi mereka yang mahu memahami asas masalah.

Kawasan Berek 12 mendapat punca bekalan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Tanjong Mas. Pengeluaran semasa di LRA itu semakin menurun, menyebabkan kawasan ini sering berlaku gangguan tiada air atau tekanan air rendah. 

Bagi meningkatkan pengeluaran LRA Tanjong Mas terutama bagi menghadapi musim perayaan, pihak teknikal AKSB sedang dalam proses untuk membaik pulih tiga buah telaga yang tidak beroperasi buat masa kini. Setelah kerja-kerja pembaikian ini disiapkan, dijangka akan ada pertambahan kapasiti air mentah dan akan meningkatkan pengeluaran air terawat.

Jika dahulu LRA ini berfungsi pada kadar 10 juta liter sehari (JLH) pada Febuari 2019, dan ia cukup untuk seluruh kawasan berkaitan.

Namun kini 2022 ia mampu hasilkan sekitar 6 JLH sahaja. Ia pengurangan sebanyak 3.842 JLH atau dekat 40 peratus berkurang. Banyak perkara dan hambatan teknikal hingga menyebabkan berlakunya ‘drop‘.

Sekarang, AKSB perlu tingkatkan usaha dan lipat gandakan kerja. ‘Kawasan hujung’ sekali dalam jajaran bekalan LRA Tanjong Mas ini, yang selalu menerima tekanan air rendah, perlu penyelesaian segera. 

Terima kasih Jabatan Bomba dan Penyelamat, sentiasa pantas dan sepenuh jiwa membantu rakyat. Terima kasih juga kepada semua wakil rakyat, agensi-agensi berkaitan, petugas Pusat Khidmat DUN, penduduk kampung, jiran-jiran sekitar, NGO dan dermawan sekalian. Semua jasa baik, budi tuan-tuan, hanya Allah S.W.T sahaja mampu membalasnya. 

Dan dalam keberkatan akhir Ramadan ini, kita pakat berdoa kepada Allah S.W.T agar menggantikan yang lebih baik kepada semua mangsa yang terlibat. 

Harapan kita besar agar seluruh pihak menyingsing lengan untuk menyelesaikan isu air di sini dan Kelantan amnya. Ia penting untuk kita semua pakat galas dan bekerjasama untuk menjayakannya. Insya-Allah.Doakan.

Kredit gambar: FB Encik Ahmad

NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 28/4/2022

Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close