News

Tidak Sempat Dilancarkan Di Malaysia – Facebook Akan Tamatkan Ciri Podsiar Pada Jun

Pada tahun lepas, Facebook telah memperkenalkan ciri podsiar pada platform mereka, membolehkan perkongsian berformat audio diterbitkan melalui platform sosial tersebut.

Namun, tidak sempat diperkenalkan secara meluas kepada umum –
termasuk kita di Malaysia, kini laman sosial berkenaan mengumumkan bakal
menamatkan ciri podsiar pada platform mereka pada Jun kelak.

Perkara ini disahkan oleh Meta kepada Bloomberg. Dengan pengumuman ini juga, tiada lagi podsiar baharu boleh dimuat-naik ke platform Facebook bermula minggu ini.

Langkah ini dikatakan akan membolehkan Facebook memfokuskan kepada pengalaman yang lebih menyeluruh.

Langkah ini juga turut membuatkan kedudukan Spotify dalam enviornment podsiar terus kukuh – dan hanya dicabar oleh Apple sahaja. – Amanz

…………oo000oo………..
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat
Whatsapp
Telegram
Facebook
Emel kepada MR
Twitter
RSS

©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close