Entertainment

Tertekan Kes Cabul, Da’i Syed Warna Rambut Sebab Nak Move On

Sudah lebih setahun berdepan tuduhan melakukan aktiviti seks luar tabii dan mencabul, pendakwah bebas Da’i Syed akui pernah menangis disebabkan tekanan.

Memetik laporan mStar Online, Syed berkata dia tidak mahu lagi memikirkan kisah lalu serta membuat keputusan untuk ubah penampilan dengan mewarnakan rambut dan menyimpan jambang untuk memulakan kehidupan baru.

BACA: Da’i Syed Alami Tekanan Perasaan Dituduh Mencabul, Takut Nak Naik Mahkamah

“Saya pernah duduk sendiri menangis dalam bilik disebabkan tekanan. Hati saya bagaikan sudah pecah disebabkan perkara yang berlaku.”

“Menyimpan jambang dan mewarnakan rambut antara sebab untuk saya transfer on. Saya tukar personaliti dan karakter supaya tidak lagi melihat muka yang dahulu.

“Setiap hari saya berdoa dan lakukan lebih banyak amal kebajikan supaya Allah dapat membuang perasaan tekanan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Syed berkata dia bersabar dengan kecaman diterima serta memaafkan mereka yang bercakap buruk mengenai dirinya kerana tidak tahu perkara sebenar.

“Semua orang boleh bercakap tentang saya tetapi mereka tidak kenal saya secara peribadi. Jadi saya maafkan segala kecaman yang dilemparkan. Saya juga memohon maaf kepada sesiapa yang mungkin tergores hati dengan apa yang telah berlaku,” katanya.




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.