Entertainment

“Tak Kisah Pun, Mereka Yang Tengok Kami Bernafsu” – Nora Danish Jawab Isu Peluk Beego & Aziz M Osman

Pihak Gempak telah menemubual pelakon jelita, Nora Danish soal dirinya dikecam netizen kerana memeluk pengarah Aziz M Osman dan Beego ketika berjumpa untuk penggambaran drama bersiri Puteri, baru-baru ini.

Ramai berpendapat wanita itu seharusnya menjaga batasan sebagai seorang umat Islam serta seseorang yang sudah bergelar isteri.

Namun, Nora tidak mengambil kisah dengan kecaman yang diterima kerana hanya menganggapkan pelukannya terhadap dua-dua lelaki berkenaan hanyalah seperti berpeluk dengan keluarga dan tidak lebih dari itu.

Terpulang kepada tanggapan masing-masing jika orang yang tengok kami bernafsu maknanya itu lah yang difikirkan.

Dalam pada itu, isteri kepada Tengku Nedim ini turut berkata dia tidak akan mengambil pusing soal kecaman yang sering diterima, lagi-lagi yang tidak dikenali oleh beliau.

Sekadar data, Nora Danish boleh dikatakan selebriti yang sering kali menerima kecaman daripada netizen, namun akan kekal tenang menghadapinya.


4 minggu lalu

“Dah Tak Kira Halal Haram, Memalukan” – Peminat ‘Frust’ Nora Danish Tak Jaga Batas Peluk Aziz M Osman & Beego




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.