Entertainment

Tak Ada Instagram Pun Bilal Dapat Tawaran Jadi Duta Produk

Pasangan selebriti standard, Neelofa dan PU Riz berkata mereka tidak bercadang untuk membuat akaun media sosial Instagram buat anak mereka, Muhammad Bilal.

Memetik Harian Metro, Neelofa berkata kebanyakan foto atau video yang dikongsi oleh peminat adalah dimuat naik semula atau ‘repost’ daripada Insta Story miliknya.

BACA: Neelofa Dedah PU Riz Pernah Rasa Bimbang Dia Tak Pandai Masak

“Wujudkan Instagram, tak. Kalau ada sekarang ini ia bukan yang rasmi daripada kita. Setakat hari ini belum lagi. Kebanyakan peminat saja yang ‘repost’,” katanya.

Baru saja berusia 3 bulan, Neelofa turut berkongsikan Muhammad Bilal mendapat tawaran menjadi duta produk.

“Ada jenama yang tawarkan untuk menjadi duta, tapi bukan jenama ‘baby’. Namun, mungkin ada perkara yang kurang sesuai.

“Jadi kita pun tak ada apa-apa yang teruskan lagi. Kalau ada yang sesuai, kena berbincang dengan suami dan tengok keadaan macam mana,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya bilakah pasangan itu akan mendedahkan wajah anak mereka kepada umum, Neelofa berkata mereka akan tunjukkan apabila tiba masanya nanti.

“Macam suami saya cakap, satu hari nanti akan dilihat juga. Kita pun ada aktviti luar dan sebagainya. Cuma, buat masa sekarang kita nak bagi ruang anak kecil itu membesar dulu. Bagi kuat dulu, luar dan dalaman,” katanya.




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close