Entertainment

Sumbangan Bermakna Aleeya Zailan Mengharap Berkat Ramadan & Aidilfitri

Warga Malaysia sudah tidak asing lagi melihat sosok usahawan kosmetik tersohor Aleeya Zailan yang bukan sahaja berketerampilan, tetapi juga seorang yang dermawan. Mengambil berkat bulan Ramadan dan juga Aidilfitri yang bakal menjelang, Aleeya telah mengambil inisiatif untuk menyampaikan sedikit sumbangan bagi mereka yang memerlukan.

Peluang Beramal Di Bulan Mulia

Prihatin dengan nasib yang menimpa Makcik Leka dan suami serta 4 orang anaknya di bulan yang mulia ini, Aleeya terpanggil untuk membantu meringankan bebanan keluarga ini. Aleeya dan pasukan naungannya dari Avenys telah bertungkus-lumus dan berjaya menyumbangkan sebuah rumah untuk didiami oleh keluarga Makcik Leka.

Suasana Berhari Raya DI Rumah Baharu

Terdahulu, Aleeya yang tersentuh dengan nasib Makcik Leka yang juga ibu saudaranya serta suami dan anak-anaknya yang hanya mampu tinggal di rumah berdindingkan gabus, telah berusaha dengan sedaya upaya mencari rumah yang sesuai untuk didiami oleh keluarga ini dibantu oleh pasukan Avenys. Pencarian Aleeya membuahkan hasil dengan pengesahan pemilikan sebuah rumah di Bukit Beruang untuk Makcik Leka dan keluarga.

Majlis penyerahan kunci rumah telah pun berlangsung baru-baru ini, menyaksikan Makcik Leka dan keluarga begitu terharu dan teruja dengan sumbangan rumah dari Aleeya buat mereka yang serba lengkap dengan segala perabot dan kelengkapan asas. Rumah yang disumbangkan ini telahpun dilengkapi dengan barangan seperti peti sejuk, mesin basuh, set bilik tidur dan lain-lain kelengkapan.

Lebaran tahun ini pastinya lebih bermakna dan diraikan dengan penuh kemeriahan oleh keluarga Makcik Leka, yang bakal merasai suasana berhari raya di rumah baharu yang sempurna dan selesa.

Pepatah mengatakan “Tangan yang memberi, lebih baik dari tangan yang menerima”. Begitu juga kita digalakkan untuk bersedekah pada setiap masa kerana sesungguhnya sedekah itu pintu rezeki. Tidak hairanlah Aleeya dan pasukannya dari Avenys sentiasa mencari peluang untuk membantu mereka yang memerlukan, meskipun Aleeya sendiri sudah pun mencipta nama sebagai usahawan kosmetik ternama.




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close