Entertainment

‘Suka Bagi Fitnah Penat Macam Ni, Bulan Ramadan Ni’ – Sweet Qismina

Pelakon Sweet Qismina meluahkan rasa terkilan dan tidak menyangka bahawa perkongsiannya mengenai pengalaman berpuasa sambil menjalani penggambaran itu disalah anggap oleh sesetengah portal berita.

Mendakwa ia satu fitnah

Menerusi ciapan Sweet di Twitter, dia menganggap tajuk ‘Penat berlakon bukan alasan Sweet Qismina puasa separuh hari, curi-curi tidur kalau terlalu letih’ yang dikeluarkan oleh portal hiburan tersebut membuatkan ramai orang salah anggap. Bukan itu sahaja, Sweet juga  mendakwa ia adalah satu fitnah kepadanya.

Sekali lagi disalah anggap daripada pihak media. I baru je lepas berkongsi benda paling menggembirakan untuk diri i semalam.

Dalam pada itu, dia tidak menyangka berita tersebut dikeluarkan pada hari yang sama dia berkongsi berita gembira mengenai dirinya itu.

Pada hari yang sama keluar berita berdasarkan InstaStory saya dengan assertion yang buat orang salah faham. Suka bagi fitnah. Penat lah macam ni. Bulan ramadan ni.

Di InstaStory

Sumber : Sweetqismina




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.