Entertainment

“Siapa Nak Pegang Status Janda? Saya Akui Rasa Malu”

Hampir setahun bercerai pada April tahun lalu, pelakon Nadia Brian mengakui ada rasa malu memegang standing janda.

Bagaimanapun, Nadia berkata dia reda dengan apa yang berlaku serta menjadikan pengalaman lalu sebagai proses mematangkan dirinya.

BACA: Bekas Suami Nadia Brian Nak Mengorat Fatin Afeefa?

“Siapa nak memegang status janda? Saya akui masih ada rasa malu untuk memegang status itu. Suka atau bangga itu tidak, saya cuma reda,” katanya.

Mengakui masih belum bertemu pengganti, Nadia berkata dia kini mahu memberi fokus kepada kerjaya dan keluarga. Ujarnya lagi, meskipun berdepan kegagalan rumah tangga, dia tidak trauma untuk mendirikan rumah tangga lagi.

“Saya masih ‘single’ dan kini saya lebih fokus kepada keluarga dan kerjaya. Tipulah jika saya katakan tiada kerana saya ada berkawan untuk mengenali hati budi.

“Mungkin jika berkahwin dua atau tiga tahun lagi, tapi sekiranya jodoh datang lebih awal saya tak tolak. Saya tidak trauma untuk berkahwin, cuma itu bukan keutamaan buat masa ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nadia berkata dia juga berharap tiada lagi diskriminasi terhadap wanita bergelar janda kerana tiada siapa tahu apa terjadi dalam rumah tangga seseorang.

“Kita sudah masuk tahun 2022, saya berharap tiada lagi diskriminasi terhadap wanita berstatus janda. Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam rumah tangga individu itu, malah kita juga tidak tahu masa depan kita sendiri,” katanya.




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close