Entertainment

Sharnaaz Ahmad Bergambar Dengan Minyak Masak Buat Netizen Geli Hati

Isnin lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad sudah pun dibebaskan dengan jaminan polis atas dakwaan memukul dan menendang seorang lelaki di sebuah kondo di Segambut.

Semalam, Sharnaaz dilihat ada memuat naik gambar di Instagram bersama sahabat baiknya, Shukri Yahya dengan memegang sebotol minyak masak.

BACA: Sharnaaz Ahmad Terus Jumpa Jebat Jayden Sebaik Sahaja Dibebaskan

Apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen gambar tersebut dimana Sharnaaz berkata dia sudah kembali dan berseloroh mengatakan semuanya minyak masak punya hal.

Menerusi entri itu, Sharnaaz turut mengucapkan terima kasih kepada Shukri yang datang melawatnya yang baru balik dari ‘outstation’.

Perkongsian Sharnaaz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dan geli hati dengan gelagat dua sahabat itu.

Tidak kurang juga, ada yang mencadangkan pelakon itu menjadi duta minyak masak atau keluarkan jenama minyak masak sendiri selepas ini.

Terdahulu, Sharnaaz mengakui panas baran adalah sinonim dengannya namun apa yang dilakukannya itu adalah perlu serta meminta menunggu cerita sebenar daripadanya.

Sharnaaz berkata dia akan membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah serta berharap tiada pihak cuba membuat spekulasi mengenai kes itu.




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.