Entertainment

“Selalu Buat Muka Ketat” – Raya Selalu Kena Balik Rumah Mentua, Isteri Kecewa Sikap Suami ‘Selfish’

Menjelangnya hari raya, pastinya isu yang bangkit dalam kalangan suami isteri adalah nak balik beraya di rumah keluarga yang mana pada tahun ini.

Namun, sebuah perkongsian TikTok baru-baru ini oleh seorang wanita telah berjaya meruntun hati sesiapa yang membacanya

Ini berikutan kisah wanita itu yang sentiasa makan hati kerana suami tersayang bersikap mementingkan diri apabila membuat keputusan untuk balik kampung dan beraya di mana.

Dalam perkongsian itu, wanita itu berasa kecewa kerana setiap tahun dia perlu balik beraya di kampung suaminya.

Tiada langsung toleransi, si suami kepada wanita itu hanya menjaga hati ibunya dan tidak menjaga hubungan baik dengan keluarga belah si isteri.

Malah, kata wanita itu lagi, suaminya kerap menunjukkan muka ‘ketat’ tanda tidak suka dengan ibu bapa dan juga ahli keluarganya yang lain.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati dan menyatakan bahawa setiap suami isteri perlu mengamalkan sistem ‘bergilir’ apabila belik kampung untuk berhari raya.

Selain itu, ada juga netizen yang sampai bercerai berai akibat dilayan sedemikian rupa oleh suami.

Benda boleh bincang kan…

cabut gigi guna playat


9 jam lalu

(VIDEO) “Buatnya Silap Urat..” – Lelaki Minta Kawan Cabut Gigi Pakai Playar Kerana Takut Doktor Gigi




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close