Entertainment

“Saya Masih Single” – Ira Kazar

Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial mengenai anak kepada pelakon veteran, Kaza iaitu Ira Kazar didakwa sudah bertunang dengan pengarah popular, Syamsul Yusof.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Ira menjelaskan dia tidak menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki serta menafikan dakwaan sudah bertunang.

BACA: Syamsul Yusof Nafi Dah Bertunang

“By the way, saya masih lagi ‘single’ (solo),” katanya.

Sebelum ini, pelakon Puteri Sarah ada memuat naik paparan di IG Story mengenai laporan mendakwa suaminya bakal berkahwin dengan Ira Kazar.

Malah, dalam perkongsian itu juga seorang pengguna dengan nama, Hannah Montana mendakwa pengarah itu sudah pun bertunang.

Sementara itu, memetik Harian Metro semalam, Syamsul juga menafikan dakwaan berkenaan serta menyifatkan ianya mengarut.




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.