Entertainment

Rita Rudaini Dapat Tawaran Berlakon, Rakan Artis Mula ‘Berbunyi’

Pelakon Rita Rudaini mendedahkan ada pihak yang tidak senang hati selepas penerbit Fadzil Teh atau mesra dipanggil Hj Zil memaklumkan dia bakal kembali berlakon.

Artikel Berkaitan: ‘Bukan Antivaksin, Panggil Saya Prosafe’ – Rita Rudaini

Artikel Berkaitan: Nama Rita Rudaini Sekali Lagi Digugurkan, Dedah Ada Terima ‘Offer’ Vaksin Palsu – ‘Maaf La Saya Mencari Rezeki Dengan Ikhlas’

Tak tolak rezeki

Tegas Rita, 46, itu bukan kali pertama kerana dia sudah menerima tawaran berlakon sejak sebelum bulan Ramadan lagi namun terpaksa ditolak disebabkan ada urusan lain perlu dilunaskan.

Saya nak beritahu sikit dekat netizen-netizen yang panas ‘pungkok’ (punggung) lagi busuk hati. Sebelum puasa lagi dah ramai produser mesej ajak saya berlakon.

Tapi saya menolaknya cara baik kerana saya ada perkara lain yang perlu diselesaikan dan diberi perhatian. Jadi tak payah takut dengan saya.

Rita memberitahu perkara tersebut menerusi Instagram Stories miliknya.

Takut kena Covid ke?

Tidak cukup dengan itu, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar memberitahu ada segelintir artis yang sudah ‘berbunyi’ di belakang.

Nampaknya dah ada artis yang berbunyi apabila ada beberapa produksi cari saya. Awat? Takut kena Covid-19 dari saya yang tak vaksin katanya.

Sebelum ini, dia kena Covid-19 di set dari siapa? Satu set dijangkiti Covid-19 daripada siapa? Bukan sudah berdos-dos cucuk vaksin ke? Berilah watak saya untuk artis yang bising tu. Mana tahu senyap nanti.

Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum memilih untuk sentiasa percaya pada rezeki kurniaan Allah SWT.

Sejak viral bila produser Hj Zil beritahu hendak ambil saya untuk berlakon dengannya. Ramai yang tidak senang duduk nampaknya.

Jangan risau, saya belum beri kata putus lagi. Masih dalam perbincangan. Tapi kalau itu yang tertulis (rezeki berlakon), saya tidak menolak rezeki dari Allah SWT.

Sebelum ini, Hj Zil mengumumkan Rita bakal kembali berlakon dalam naskhah mengisahkan seorang pesakit HIV yang dijangkiti penyakit berkenaan akibat kecuaian seorang jururawat terbitan Zeel Production.

Sumber: Instagram @ritrud727




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close