Entertainment

Reda Perkahwinan Hanya Bertahan 3 Bulan, Mak Wan Enggan Buka Aib Keluarga Bekas Suami

Pelakon veteran Mak Wan Latah reda dengan ketentuan berlaku apabila rumah tangga yang dibina hanya bertahan selama tiga bulan.

Memetik mStar Online, Mak Wan yang enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan berkata dia tidak mahu membuka aib mana-mana pihak.

BACA: Lega Bercerai, Bekas Suami Kesal Akhlak Mak Wan Kurang Baik

“Saya tidak mahu menjawab kerana tak nak aibkan sesiapa. Saya tak mahu aibkan keluarga di sebelah sana. Biar Allah saja yang menghukum dan tentukan segalanya,” katanya.

Dalam pada itu, Mak Wan berharap tiada pihak menyebarkan fitnah atau perkara tidak benar mengenai hal penceraiannya apatah lagi dia tidak mahu perkara itu berakhir seperti ini.

“Saya bukanlah orang yang baik dan tidak mahu berakhir begini. Allah sudah tetapkan ini hikmahnya untuk saya,” katanya.

Terdahulu, perkahwinan Mak Wan pada 22 Januari lalu berakhir dengan talak satu selepas bekas suaminya itu melafazkan cerai dalam kamar hakim di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, kelmarin.




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.