News

Rasa bertuah mempunyai Pasukan Menteri Agama mantap

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad merasa amat bertuah kerana mempunyai Pasukan Menteri Agama yang mantap di semua 14 buah agensi.

“Alhamdulillah pagi ini amat teruja dapat bersama dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Agensi Agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama bagi tahun 2021.

“Tahniah diucapkan kepada semua 148 orang warga agensi yang menerima anugerah,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Advertisement

Sehubungan itu, beliau berharap pengiktirafan itu akan menjadi pendorong semangat kepada mereka untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dan menjadi contoh terbaik kepada warga agensi yang lain.

Idris menambah, beliau secara peribadi amat selesa bekerja dengan semua anggota penjawat awam yang sentiasa menyokong dan mendukung hala tuju ‘government of the day’.

“Saya meletakkan sepenuh keyakinan dan kepercayaan kepada semua,” ujarnya lagi.

Katanya, besar harapan beliau Pasukan Menteri Agama perlu ada semangat amal jamaie, kerjasama, bersatu hati, saling hormat menghormati dan bekerja seperti dalam satu keluarga.

Menurutnya, sebagai pegawai dan kakitangan yang berkhidmat untuk negara, juga perlu mempertingkatkan amalan ruhiyyah sebagai hamba Allah.

Justeru, ujar beliau, pihaknya akan menganjurkan program Qiamullail Perdana Agensi Hal Ehwal Islam pada 25 Jun ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 4 pagi. – HARAKAHDAILY 21/6/2022

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.