News

PETRONAS kembali dengan episod kedua drama bersiri '366' sempena Aidilfitri

MENJELANG raya, pelbagai syarikat di Malaysia akan tampil dengan iklan raya kreatif yang mengandungi mesej tersendiri.

Antara paling dinantikan adalah iklan raya PETRONAS yang sentiasa menerapkan nilai-nilai murni yang cukup sinonim dengan masyarakat sejak 1996.

Terinspirasi daripada kisah realiti kehidupan sekarang, PETRONAS mempersembahkan karya kreatif drama bersiri ‘366’, arahan pengarah in style, Kabir Bhatia.

Drama bersiri ‘366’, bermula dengan episod pertama ‘Hari Ke-32’ pada sambutan Tahun Baharu Cina yang lalu, membawakan kisah Zhi Yi dan perjalanannya dalam mencari ibunya.

Kali ini, drama bersiri ini diteruskan dengan fokusnya beralih kepada watak Poji lakonan Azri, seorang pemuda yang berani dan rajin yang pulang ke kampung halamannya dengan harapan untuk memenuhi impiannya dengan cinta zaman kanak-kanaknya.

Episod kali ini juga meneroka zaman kanak-kanak Poji, mengenali dengan lebih dekat akan wataknya, serta menyelami kisah cintanya terhadap Ayu.

Poji yang bersedia untuk melamar Ayu dikejutkan dengan sesuatu yang tidak dijangka dan perkara tersebut telah membuatkan Poji mula mempersoalkan erti segala-galanya.

Walaupun dalam kesusahan, Poji menghadapi ujian terakhir dengan tabah dalam menerima ketentuan takdir.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata, episod baharu ini merupakan realiti kehidupan rakyat Malaysia berdepan dengan pelbagai cabaran walaupun memasuki tahun 2022.

“Kita dapat melihat rakyat Malaysia meneruskan kehidupan harian mereka dengan mencari tujuan baharu, mengejar impian dan meninggalkan masa lalu. Perkara terbaik yang boleh kita lakukan adalah terus maju secara individu dan secara kolektif sebagai sebuah negara.

“Ketika kita berkumpul semula bersama keluarga pada Hari Raya ini, marilah kita menghargai perjalanan yang telah kita lalui dengan keberanian dan pengorbanan dalam beberapa tahunkebelakangan ini. 

“Janganlah kita mengambil mudah dan hargailah perhubungan sesama kita terutamanya dengan insan yang tersayang,” katanya. 

Bertemakan ‘Mara Semula’, drama bersiri  ‘366’, ‘Hari Ke-123’ ini sarat dengan kisah cinta, persahabatan dan penerimaan menerima takdir.

Ingin tahu kesudahan drama bersiri ini, jangan lupa menonton ‘Hari Ke-123’ di saluran media di Youtube dan Facebook rasmi PETRONAS.

Untuk melihat keseluruhan drama bersiri ini, ikuti semua episod yang bakal ditayangkan seperti berikut :-

© New Straits Times Press (M) Bhd

Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close