News

Penyu buat Gergasi Merah merana

KUALA NERUS: Terengganu FC meleburkan rekod tanpa kalah Selangor apabila menumpaskan Red Giants 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini.

Selepas memulakan musim dengan langkah sumbang, anak-anak buah Nafuzi Zain akhirnya menemui rentak dengan melakar dua kemenangan berturut-turut.

Selangor yang masih segar dengan kejayaan menumbangkan Kedah 4-1 dalam aksi terakhir, Ahad lalu sebaliknya mengalami kekalahan pertama selepas mengharungi empat perlawanan.

Gol pertama tuan rumah hadir pada minit ke-20 selepas Faisal Halim yang menerima umpanan Kipre Tchetche dalam kotak penalti memperdaya dua pertahanan Selangor sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol, Khairulazhan Khalid.

Pasukan pelawat hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-26, namun rembatan Herlison Caion tersasar di kanan pintu gol Terengganu.

Selangor sekali memperoleh peluang keemasa pada minit ke-43, namun tandukan Shahrel Fikri Md. Fauzi sedikit tersasar.

Bersambung babak kedua, Red Giants hampir menyamakan kedudukan menerusi rembatan dari luar kotak penalti pemain gantian, Muhammad Syahir Bashah pada minit ke-51 yang sedikit tersasar.

Pada minit ke-59, tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil, Zulkarnain Zakaria selepas pertahanan pelawat, Yazan Mousa menjatuhkan Syafik Ismail.

Tchetche menyempurnakan sepakan penalti untuk menghadiahkan gol kedua pasukannya.

Kemenangan itu membolehkah Terengganu mendaki ke tangga ketujuh liga dengan enam mata, manakala Selangor yang menang sekali dan seri dua kali dalam aksi terdahulu, jatuh ke tempat kelapan. – UTUSAN ONLINE

The publish Penyu buat Gergasi Merah merana appeared first on Utusan Digital.

Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.