News

Pembantu kedai maut selepas rebah ketika tunggang motosikal

KUALA NERUS: Seorang pembantu kedai maut selepas rebah dipercayai terkena serangan jantung ketika menunggang motosikal berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Takir di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9.45 malam tersebut, Rahman Samad, 58, dikatakan dalam perjalanan ke rumah adiknya, Rohana, 55, di Taman Permin di sini dari rumahnya di Kampung Seberang Takir.

Rohana berkata, dia dan anak lelakinya baru menghantar pulang Rahman pulang dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 5 petang.

“Abang saya (Rahman) sebelum ini mendapat rawatan di dalam wad HSNZ selama dua hari bagi menjalani rawatan jantung.

“Dia sepatutnya menjalani pembedahan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan pada bulan depan,” katanya di sini hari ini.

Rohana berkata, sewaktu kejadian, saya cuba menghubungi Rahman sebanyak dua kali tetapi tidak berjawab.

Tambahnya, tidak lama kemudian dia dimaklumkan anak lelakinya tentang kemalangan menimpa abangnya.  –UTUSAN

 



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.