Entertainment

Nourul Depp Bakal Berbesan Dengan Maria Farida

Perkongsian penyanyi Nourul Depp menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar anaknya, Ayu Nazirah bersama teman lelakinya yang juga anak kepada pelakon Maria Farida iaitu Mizan Ashley.

Menerusi entri itu, Nourul mengucapkan selamat hari lahir ke-25 buat jejaka itu sekaligus membuatkan netizen teruja apabila mengetahui penyanyi itu bakal berbesan dengan Maria.

BACA: Nourul Depp Sekeluarga Selamat Pindah Ke Bali

Kata Nourul lagi, dia juga gembira apabila dapat berkenalan dengan Mizan serta menyifatkan jejaka itu seorang yang jujur.

Turut menjadi perhatian, Maria juga dilihat turut meninggalkan komen pada posting berkenaan mengatakan anaknya bertemu dengan teman wanita yang baik.

Sementara itu, rata-rara netizen tumpang gembira serta mendoakan agar urusan mereka untuk berbesan dipermudahkan. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan ada jodoh kerana wajah Ayu dan Mizan seiras.




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close