Entertainment

Netizen Puji Sharifah Zarina Teman Anak Dara Pergi ‘Dating’, Siap Duduk Meja Sebelah

Umum mengetahui penyanyi Sharifah Zarina dan suami mempunyai seorang anak gadis yang cantik dan terkenal di platform TikTok. Bukan sekadar mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan anaknya, malah dia juga tidak menghalang Athalia Deena Baswani sekiranya ingin mengikuti jejaknya dalam industri hiburan.

Tak janggal duduk bersebelahan

Foto: Tiktok Athalia

Mungkin ada ibu bapa yang tidak gemar turut serta dalam janji temu anak-anak dengan teman istimewa, berbeza dengan Sharifah Zarina yang dilihat bersama dengan suaminya menemani anak mereka keluar berjanji temu dengan seorang lelaki di sebuah restoran.

Menerusi satu video di akaun Tiktok miliknya, pelantun lagu ‘Langit Ketujuh’ itu dilihat berada di meja makan bersebelahan dengan meja Athalia dengan rakan lelakinya itu. Walaupun hanya memerhatikan dari jauh tanpa banyak bercakap, penyanyi berkenaan sempat membuat mimik muka comel dalam rakaman berdurasi 13 saat tersebut.

Athalia dan lelaki tersebut juga kelihatan selesa bersembang walaupun kedua ibu bapanya berada bersebelahan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji mereka kerana menjadi ibu bapa yang ‘sporting’. Ada juga yang sempat berkongsikan pengalaman ‘relationship’ masing-masing, dan ada yang berseloroh pasti berasa janggal sekiranya dalam keadaan tersebut.

Video

@realsharifahzarina

?????

? ily (i like you child) – Surf Mesa

@officialathalia

Now its your flip? #fyp #tiktokmalaysia #tiktokusa #development

<a goal="_blank" title="? authentic sound – Zaniya? authentic sound – Zaniya<3

Sumber: Sharifah Zarina, Athalia



Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close