Entertainment

Netizen ‘Kantoikan’ Gadis Didakwa Palsukan Penyakit D.I.D, Kecam Penerbit TV Tak Buat ‘Research’

Pada hari Ahad lalu, sebuah program televisyen bertemakan isu-isu kewanitaan ada mengetengahkan perihal penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) di mana seseorang itu mempunyai banyak personaliti yang selalunya berpunca daripada trauma lampau.

Gadis tersebut yang ditemubual oleh program TV berkenaan mendakwa dirinya mempunyai lebih 20 personaliti berbeza dan mempunyai nama tersendiri.

Namun begitu, selepas pendedahan di stesen TV itu, media sosial menjadi tular dengan dakwaan mengenai wanita itu yang dikatakan memalsukan masalah mental yang dialaminya itu.

Dakwa netizen, gadis itu sebenarnya tidak mempunyai masalah mental DID kerana dia sebelum ini dalam keadaan baik ketika masih belajar di universiti.

Saya kenal gadis ini daripada zaman universiti, ambil kos yang sama. Tak pasti dia ada DID atau tak kerana waktu itu dia baik-baik saja. Tak bertukar personaliti seperti yang didakwa. Dia macam ada sakit mental tapi tak tahu semua tu betul atau sekadar gimik.

Dalam pada itu, netizen juga mepersoalkan tindakan gadis itu yang seolah-olah ‘fake’ dan seperti berpura-pura menghidapi masalah personaliti yang banyak itu.

Ia sekaligus membuatkan netizen tertanya-tanya mengenai kredibiliti stesen TV itu seolah-olah tidak membuat kajian terlebih dahulu mengenai penyakit DID yang dialami gadis itu.

tiktok berpura-pura nak lari dari rumah


14 jam lalu

(VIDEO) Menantu ‘Prank’ Nak Lari Dari Rumah, Reaksi Mak Mentua Wanita Ini Buat Netizen Sebak




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.