News

MySejahtera dalam kenangan, kami dah bebas


PETALING JAYA
– Orang ramai diingatkan untuk terus berwaspada dan
sentiasa membuat penjagaan kendiri susulan kelonggaran prosedur operasi
normal (SOP) yang berkuat kuasa hari ini.

Antaranya adalah pengecualian imbasan kod QR menerusi aplikasi
Mysejahtera untuk memasuki premis dan tempat awam serta pemakaian
pelitup muka yang sudah tidak diwajibkan bagi aktiviti di luar bangunan.

Menerusi
tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati, rata-rata orang ramai
meluahkan kelegaan dan bersyukur atas kelonggaran tersebut.

“Alhamdullilah, Mysejahtera dah dimansuhkan di Malaysia ni. Kami tak
perlu beratur lagi di setiap premis untuk imbas MySejahtera.

“Penggunaan pelitup muka diluar rumah dan bersendirian pun sudah
dimansuhkan. Perlahan-lahan ke arah kehidupan regular seperti dahulu.
Alhamdulillah kami dah bebas,” kata Amalia.

Bagaimanapun, seorang pengguna yang dikenali sebagai Hisham AR.
mengingatkan bahawa pengecualian itu bukan lah memberi maksud ‘merdeka’,
namun hanya sebagai SOP yang baru.

“Dah tak payah imbas MySejahtera, tetapi kena bawa telefon dan standing
kesihatan kena biru atau kuning. Kalau merah tak boleh masuk, kena
solat di luar. Bersalaman pun sudah dibenarkan, tetapi seeloknya selepas
itu basuh tangan.

“Pelitup muka pun tak wajib di luar, namun seeloknya pakai sahaja.
Ingat Covid-19 ini masih ada ya. Balik kampong ni pun sentiasalah
berwaspada ya. Lindungi diri lindungi semua. Insya-Allah,” katanya.

…………oo000oo………..
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat
Whatsapp
Telegram
Facebook
Emel kepada MR
Twitter
RSS

©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close