News

Menteri Agama berkongsi rasa di Borak Kopitiam

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad merasa teruja dapat berkongsi rasa dan beberapa perkara berkaitan Syawal dan persiapan haji di slot Borak Kopitiam, hari ini.

Katanya, antara soalan yang ditanya adalah berkenaan perkara yang mungkin akan terlepas pandang pada awal Syawal, peringatan untuk tunai solat, saling bermaaf-maafan, menjaga percakapan yang tidak mengguriskan ketika bertemu dengan sanak saudara.

Menurutnya, dalam masa yang sama, beliau menggunakan peluang untuk menyampaikan beberapa maklumat penting berkenaan persiapan Tabung Haji dalam menguruskan bakal-bakal tetamu Allah yang akan menunaikan haji pada tahun ini.

Advertisement

“Dengan bantuan peruntukan daripada Tabung Haji yang diteruskan walaupun kita berhadapan dengan kenaikan kos yang makin tinggi, membuktikan keprihatinan pihak agensi di bawah kelolaan Tabung Haji untuk meringankan beban para jemaah yang bakal menunaikan Rukun Islam kelima,” katanya menerusi hantaran di laman sosial beliau, hari ini.

Tambahnya, sempat juga pengacara Borak Kopitiam yang kendalikan slot itu, Saudara Zack Merican bertanyakan pengalaman menyambut Syawal ketika kecil.

Katanya, sudah semestinyalah kenangan dapat duit raya walaupun bukanlah puasa penuh sangat waktu itu.

“Maka, teruskanlah suasana meriah ini tanpa kita tinggalkan sanak saudara yang sedang dalam kesusahan untuk kita sama-sama bantu dan menyambut Syawal ini dengan kegembiraan bersama.

“Moga Allah terus melorong kita untuk terus berukhuwah, dan diberi kekuatan untuk berkhidmat kepada seluruh masyarakat di dalam negara kita, bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Malaysia dalam membentuk Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera,” kaytanya lagi.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas jemputan untuk Slot Borak Kopitiam hari ini. – HARAKAHDAILY 30/4/2022

Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close