News

Malaysia kalahkan Jepun untuk juarai Kumpulan D

PETALING JAYA: Malaysia melangkah ke suku akhir badminton Piala Thomas selaku juara Kumpulan D selepas menumpaskan Jepun di Impact Arena, Bangkok sebentar tadi.

Tanpa mengambil kira keputusan perlawanan perseorangan lelaki antara Leong Jun Hao dan Kenta Nishimoto, pasukan negara sudahpun mengesahkan kemenangan menerusi tiga mata yang dikutip Lee Zii Jia, Goh Sze Fei-Nur Iuzzuddin Rumsani dan beregu serpihan, Aaron Chia-Teo Ee Yi.

Zii Jia menghadiahkan mata pertama Malaysia selepas menumpaskan juara dunia dua kali, Kento Momota 21-17, 21-8.

LEE Zii Jia mengalahkan Kento Momota untuk mengutip mata pertama.

Sze Fei-Nur Izzuddin menggandakan kedudukan 2-0 selepas menang straigt set 21-19, 21-16 ke atas Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam masa 46 minit.

Jepun bagaimanapun merapatkan jurang menerusi perseorangan kedua apabila Kanta Tsuneyama menundukkan pemain berpengalaman, Liew Daren 21-16, 22-20 dalam masa sejam.

GOH Sze Fei-Nur Izuddin menyumbang mata kedua negara.

Strategi Malaysia menggandingkan Aaron Chia dan Teo Ee Yi sebagai pasangan kedua nyata berhasil apabila beregu serpihan itu menang 22-20, 21-17 ke atas Akira Koga-Yuta Watanabe. – UTUSAN ONLINE

c



Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.