Entertainment

Lebih 27,000 Ayam Direbus Hidup-Hidup Akibat Kegagalan Komputer Di Ladang

Lebih 27,000 ekor ayam direbus hidup-hidup selepas sebuah ladang ternakan ayam di Leicestershire, England mengalami kerosakan sistem pengudaraan.

Sistem kawalan aliran udara rosak

Gambar sekadar hiasan (Foto: Animal Equality International)

Memetik laporan Metro UK, syarikat Hudson & Sanders yang menguruskan ladang tersebut didenda £44,000 (RM240,321) atas kes kegagalan sistem komputer yang berlaku dua tahun lalu.

Menerusi perbicaraan di Mahkamah Majistret Leicester, 50,000 ekor ayam berada di dalam Ladang Hose Lodge ketika sistem kawalan aliran udara rosak. Apabila suhu di dalam reban besar meningkat dengan pantas, separuh daripada haiwan tersebut mati, manakala terselamat mengalami tekanan haba akibat tidak dapat menyejukkan badan.

Penggera reban berbunyi apabila suhu meningkat kepada 37 darjah Celsius untuk memberi amaran kepada kakitangan ladang berkenaan. Suhu di dalam reban sepatutnya 10 darjah Celsius lebih rendah.

Majlis Daerah Leicestershire mendakwa syarikat Hudson & Sanders kerana cuai dalam penjagaan ayam yang diternak, dan gagal memastikan kakitangan yang mencukupi untuk menjaga ayam, serta tidak dilatih pada tahap yang diperlukan. Pekerja yang bertugas pada waktu itu tidak tahu apa yang perlu dilakukan semasa krisis.

Mahkamah mendapati syarikat Hudson & Sanders tidak pernah disabitkan atas kesalahan sebelumnya dan mempunyai reputasi yang baik dalam industri ternakan ayam. Firma itu mengaku bersalah atas empat pertuduhan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2006.

Sumber: Metro UK



Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close