Entertainment

Lakukan Eksperimen Pada Tikus & Babi, Saintis Percaya Manusia Boleh Bernafas Melalui Punggung

Sekadar gambar hiasan

Sekumpulan saintis di Washington melaporkan penemuan baharu di mana manusia mungkin boleh bernafas melalui punggung. Mereka turut melakukan beberapa eksperimen ke atas tikus dan juga babi yang menunjukkan haiwan berkenaan mampu bernafas menerusi usus, sekali gus membuatkan saintis percaya manusia boleh bertindak demikian.

Lakukan eksperimen terhadap haiwan

Sekadar gambar hiasan

Menerusi jurnal Clinical and Traslational Resource adn Technology Insights, sekumpulan saintis telah melakukan beberapa eksperimen ke atas tikus dan babi. Cara untuk membolehkan haiwan berkenaan bernafas melalui punggung adalah dengan menggosokkan usus haiwan itu untuk menipiskan lapisan mukosa yang akan mengurangkan halangan kepada aliran darah.

Setelah itu, haiwan-haiwan berkenaan ditempatkan di sebuah bilik yang kurang oksigen. Namun bagi haiwan yang tidak menerima pengudaraan usus akan mati selepas 11 minit.

Haiwan yang menerima pengudaraan usus tanpa menggosok usus bertahan hampir dua kali lebih lama iaitu kira-kira 18 minit. Ini menunjukkan terdapat sedikit udara yang dihirup.

Akhir sekali, 75 peratus haiwan yang mana ususnya telah digosok dan menerima oksigen bertekanan di dalam rektum mampu bertahan selama sejam dan ia adalah tempoh masa keseluruhan eksperimen itu.

Percaya manusia boleh bernafas melalui punggung

Sekadar gambar hiasan

Lebih menarik lagi, eksperimen berkenaan membuktikan bahawa tikus dan babi mampu bernafas menerusi usus dengan keadaan yang betul. Malah, hasil kajian menyebabkan para saintis percaya bahawa spesis mamalia lain termasuklah manusia mampu bernafas seperti itu.

Walau bagaimanapun, pada setakat ini tiada sebarang ujian dilakukan ke atas manusia dan tidak dapat dipastikan sama ada saintis mempunyai perancangan untuk melakukan ujian berkenaan atau tidak.

Sumber : Daily Star



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.