News

Kes hepatitis akut: Tiga kanak-kanak maut di Indonesia

JAKARTA: Tiga kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan hepatitis akut sepanjang bulan lalu, kata Kementerian Kesihatan Indonesia.

Jumlah kes itu meningkatkan angka kematian international akibat penyakit hati misteri yang menjejaskan kanak-kanak dari Amerika Syarikat (AS) ke Asia, kepada sekurang-kurangnya empat kes.

Memetik laporan Bloomberg, Kementerian Kesihatan memaklumkan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital di Jakarta, mengalami beberapa gejala termasuk loya, muntah, cirit-birit, demam, jaundis, sawan dan tidak sedarkan diri.

Justeru, kementerian menggesa ibu bapa bertindak segera dengan membawa anak-anak mereka ke hospital sekiranya mengalami gejala tersebut.

“Kami sedang melakukan ujian penuh untuk menentukan punca penyakit itu dan sudah mengeluarkan pekeliling bagi meningkatkan pengawasan di seluruh negara,” jelas kementerian itu.

Akhbar Kompas melaporkan kementerian turut menggesa kemudahan kesihatan di seluruh negara berwaspada kemungkinan penyakit demikian dalam kalangan kanak-kanak.

Minggu lalu, Singapura mengesahkan satu kes hepatitis akut membabitkan bayi berusia 10 bulan.

Republik itu ketika ini sedang menyiasat sama ada kes tersebut mempunyai kaitan serupa dengan kes lain yang dilaporkan di seluruh dunia.



Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close