Entertainment

Kes Basikal Lajak: Sam Ke Ting Dibenar Rayu, Bebas Dengan Ikat Jamin RM10K

Foto: Bernama

Kerani, Sam Ke Ting, yang dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal lajak lima tahun lalu, hari ini dibebaskan dengan jaminan.

Artikel Berkaitan: Wanita Langgar Mati 8 Remaja Berbasikal Lajak Dipenjara 6 Tahun, Didenda RM6k

Ikat jamin RM10,000 dengan sorang penjamin

Foto: Harian Metro

Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Hakim Datuk P Ravinthran bersama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebulat suara membenarkan permohonan Ke Ting yang diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000.

Panel membenarkan Ke Ting dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah hari ini juga membenarkan permohonan Sam yang hadir memakai baju kurung biru itu untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 13 April lepas.

Pada Rabu lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Datuk Abu Bakar Katar menjatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 (atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda) terhadap Ke Ting, berkuat kuasa serta merta.

Sumber: Bernama



Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.