News

Kerajaan ambil serius isu Bella

KUALA LUMPUR: Kes pengabaian dan penganiayaan terhadap remaja sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali Bella berlaku pada tahun 2021.

“Kerajaan mengambil serius isu Bella ini,” kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Advertisement

Menurutnya, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membuat intervensi dengan menyelamatkan Bella dengan membawa keluar dari rumah jagaan dulu.

Katanya, rumah jagaan baru di Seremban telah menjaga Bella dengan baik.

“Hari ini saya bertemu Bella. Bella sudah pulih seperti sediakala… berkeyakinan tinggi untuk bergaul dengan rakan-rakan,” ujarnya menerusi laman sosial beliau, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada kakitangan pusat jagaan di Seremban.

Beliau berkata, kes seperti Bella merupakan antara banyak kes yang berlaku mungkin dilaporkan.

Katanya, bagi penyelesaian tuntas, Kabinet telah memutuskan membentuk Jawatankuasa Khas Kabinet melindungi kumpulan rentan seperti kanak-kanak, orang kurang upaya, warga emas serta Wanita.

Menurutnya lagi, beliau sendiri akan mempengerusikan Jawatankuasa Khas Kabinet itu. – HARAKAHDAILY 23/4/2022

Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.