Entertainment

“Kenapa Semua Benda Nak Dipolitikkan”- Doktor Amalina Dikecam Guna Slogan ‘Keluarga Malaysia’

Siapa saja tidak kenal dengan Dr Amalina Che Bakri yang merupakan seorang doktor daripada Malaysia yang kini menetap di London, United Kingdom.

Baru-baru ini beliau telah hadir ke rumah terbuka yang telah diadakan di London oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri yang telah tular di media sosial Twitter.

Di dalam video berkenaan, Dr Amalina menyatakan bahawa dia berasa gembira dapat menyambut raya dengan ‘Keluarga Malaysia’ bersama-sama dengan Perdana Menteri.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen apabila dalam video tersebut, Dr Amalina dianggap mempromosikan konsep ‘Keluarga Malaysia’.

Sebelum ini konsep ‘Keluarga Malaysia’ telah dikecam oleh ramai rakyat Malaysia kerana konsep itu dianggap sebagai propaganda yang telah digunakan atas dasar politik.

Rata-rata netizen di Twitter mengecam ucapan Dr Amalina itu yang dianggap berbaur politik dan menyatakan bahawa beliau tidak tahu tentang keadaan semasa yang sedang berlaku di Malaysia.

Oleh kerana perkara itu menjadi tular, Dr Amalina meminta maaf kepada sesetengah orang yang ‘terasa’ dengan ucapan berikut dan berharap agar rakyat Malaysia tidak mempolitikkan segala perkara yang keluar daripada mulut beliau.

Dafi


2 bulan lalu

“Makin Ramai Yang ‘Himpit’..” – Dafi Jadi Mangsa ‘Lepas Geram’ Netizen, Akui Tak Minat Politik




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close