Entertainment

“Kalau Dah Jodoh” – Banyak Kali ‘Reject’, Wanita Ini Berkahwin Dengan Lelaki Beza Usia 18 Tahun

Kalau dah jodoh, segala rintangan dan cabaran pasti akan dihadapi dengan baik sehinggalah ke jinjang pelamin.

Seperti perkongsian seorang wanita ini, dia ada berkongsi saat-saat manis bertemu dengan suaminya kini yang menurutnya, mempunyai perbezaan umur selama 18 tahun.

Menurut wanita ini, dia telah menamatkan zaman bujangnya pada bulan Ramadan yang lalu.

Manakala suaminya merupakan seorang duda kematian isteri dan kata wanita itu, dia juga selalu diperli keluar dengan ‘ayah’ oleh orang sekeliling.

Malah, dia juga sering menolak cinta suaminya itu namun setelah 3 tahun perkenalan, dia akhirnya membuka hati dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengucapkan tahniah di atas penyatuan dua jiwa itu dan mendoakan agar mereka berdua berbahagia hingga ke akhir hayat.

“Yang penting sama-sama single. Dah jodoh, tak kira usia. Semoga berbahagia sampai ke syurga.Amiin.” komen seorang warga maya.

Kalau dah jodoh kan!

ejen insurans hadiah


7 jam lalu

Lelaki Ini Puji ‘Agent’ Takaful Kerana Selalu Dapat Hadiah, Netizen Kata Tak Semua Ejen ‘Berduit’




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.