News

‘Jangan undang laknat Rasul, kemurkaan Allah’


KUALA LUMPUR:
Dalam keghairahan meraikan sambutan hari raya, umat
Islam diingatkan supaya tidak mencemarinya dengan perkara maksiat dan
mungkar.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi khutbah Jumaat yang
disampaikan oleh khatib Masjid Negara hari ini, mengingatkan umat Islam
untuk tidak menormalisasikan perbuatan yang haram.

“Jangan normalisasikan perbuatan yang haram. Haram tetap haram!
Paling ditakutkan ialah mengundang laknat dari Rasulullah. Baru-baru
ini, tular video klip lagu raya yang memaparkan beberapa lelaki yang
bertindak menyerupai wanita.

“Terus-terang dikatakan bahawa tindakan ini bercanggah dengan nilai
Islam dan hakikat Aidilfitri itu sendiri. Cukup, cukuplah membuat
publisiti murahan.

“Itu bukan akhlak Islam, itu bukan ajaran Islam,” demikian menurut khutbah yang disampaikan itu.

Justeru, umat Islam yang melakukan kesilapan diminta supaya bertaubat.

“Usah dicemari keberkatan Ramadan dan kesucian Aidilfitri dengan perkara maksiat yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

“Sama-sama kita menegur dan mengambil iktibar mudah-mudahan kita semua dipelihara Allah,” katanya.

Menerusi khutbah sama, khatib mengingatkan umat Islam supaya segera membayar zakat fitrah pada Ramadan ini.

“Usahlah bertangguh kerana dikhuatiri terlupa untuk menunaikannya.
Ambillah peluang pada hari ini untuk pergi ke kaunter-kaunter zakat
fitrah,” katanya.

Bagi warga kota yang akan pulang ke kampung, khatib mengingatkan
masing-masing supaya menjaga keselamatan sepanjang berada di atas jalan
raya, memandu dengan berhemah dan cermat serta bersabar supaya semua
selamat sepanjang perjalanan nanti.

Khatib juga mengingatkan, umat Islam melakukan amalan yang terbaik
dalam bulan Ramadan dan sentiasa bersyukurlah kepada Allah yang
memanjangkan usia kita sehingga di fasa terakhir Ramadan tahun ini.

“Berdoalah agar kita bertemu lagi dengan Ramadan dan mohonlah
keampunan daripada Allah SWT sebelum berakhirnya Ramadan dan
bertaubatlah atas segala dosa yang pernah kita lakukan,” katanya.

…………oo000oo………..
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat
Whatsapp
Telegram
Facebook
Emel kepada MR
Twitter
RSS

©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close