News

Isu Bella: Ambil pengajaran sempena Ramadan

Oleh EVA NATASHA SADALI

HULU LANGAT: Masyarakat di negara ini dinasihatkan mengambil iktibar berhubung kes penganiayaan membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dikenali Bella.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Ustaz Nasrudin Hasan, berkata kes itu menggambarkan nilai kemanusiaan yang semakin pudar dalam masyarakat di negara ini.

Katanya, kemodenan negara serta kecanggihan teknologi yang ada pada hari ini tidak mencerminkan sikap sebenar rakyat Malaysia.

Advertisement

“Sepatutnya di zaman yang serba moden pada hari ini, nilai dan ethical masyarakat kita semakin baik, positif tetapi malangnya masih ada lagi manusia yang seperti ini.

“Saya tidak menuding mana-mana pihak tetapi oleh kerana penderaan itu jelas berlaku, pasti ada yang melakukannya.

“Jadi sesiapa yang melakukannya tak sewajarnya ia melakukan perkara-perkara yang tidak beradab dan tidak menepati peradaban serta tamadun kemanusiaan, jadi dimana silapnya dengan pendidikan dan juga asuhan moral di dalam negara kita,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Program Ihya’ Ramadan Memperingati Badar al-Kubra, dekat Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH), di sini, kelmarin.

Beliau berkata, masyarakat perlu dididik dengan ilmu agama supaya cenderung ke arah kebaikan.

Jelasnya, dengan didikan agama akan melahirkan masyarakat yang menitikberatkan kasih sayang dan saling hormat menghormati.

“YADIM menyeru supaya seluruh masyarakat Islam kembali memperkasakan diri masing-masing dengan pendidikan ilmu agama yang cukup dan mempraktiskan dalam kehidupan,

“Sementara yang bukan Islam pula, mereka boleh memahami atau mempelajari ajaran Islam ini jua untuk mendapatkan pendidikan ethical yang positif.

“Sekiranya masyarakat kita mengabaikan pendidikan agama maka isu-isu penganiayaan seperti ini adalah implikasinya,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/4/2022

Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.