News

Israel Tahan 600 Penduduk Palestin Tanpa Tuduhan


BAITULMUQADDIS
: Sebuah kumpulan hak asasi manusia
mendakwa Israel menahan kira-kira 600 penduduk Palestin tanpa mengenakan
sebarang tuduhan mahupun melakukan perbicaraan.

Penahanan penduduk itu merupakan jumlah tertinggi direkodkan sejak tahun 2016.

Lapor
Al Jazeera, kumpulan hak asasi Israel, HaMoked memaklumkan setakat ini,
seramai 604 orang ditahan sebagai tahanan pentadbiran.

Hampir kesemuanya merupakan penduduk Palestin kerana tahanan pentadbiran jarang digunakan terhadap orang Yahudi.

Tahanan
itu dibuat berdasarkan `bukti rahsia’, tanpa mengetahui tuduhan
terhadap mereka dan tidak dibenarkan membela diri di mahkamah.

Mereka biasanya ditahan untuk tempoh enam bulan yang boleh diperbaharui yang sering membawa kepada tahanan bertahun-tahun.

Meskipun
Israel menegaskan prosedur itu membolehkan pihak berkuasa menahan
suspek sambil terus mengumpul bukti, kumpulan hak asasi manusia
berpandangan sistem itu telah disalahgunakan secara meluas dan menafikan
proses yang sewajarnya.

Menurut HaMoked, seramai 2,441 penduduk
Palestin kini sedang menjalani hukuman selepas disabitkan kesalahan di
beberapa mahkamah tentera.

“Seramai 1,478 lagi tahanan ditahan
untuk disoal siasat, telah didakwa dan menunggu perbicaraan atau sedang
dibicarakan,” jelasnya.

Utusan Online

…………oo000oo………..
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat
Whatsapp
Telegram
Facebook
Emel kepada MR
Twitter
RSS

©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close