Entertainment

Influencer Dedah Hanya Berlakon Sebagai PA DSV, Tiada Surat Tawaran Kerja

Pada Februari lalu, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengumumkan secara rasmi pembantu peribadinya dikenali sebagai Abang Qu.

Malah, Vida juga memaklumkan menawarkan gaji sebanyak RM10,000 sebulan. Bagaimanapun, hangat diperkatakan apabila Abang Qu mendedahkan dia hanya berlakon menjadi PA Vida.

BACA: DSV Pilih Influencer Kacak Jadi PA, Bayar Gaji RM10,000 Sebulan

Menerusi satu Live di IG, Qu berkata dia sudah tidak lagi berkolobrasi dengan Vida dan sehingga kini tiada sebarang surat tawaran diberikan oleh Vida.

“Selepas selesai rakaman muzik video ‘Ku Ikhlaskan’, saya menunggu surat perjanjian kerja kerana ia sangat penting, tapi masih tidak ada.

“Tidaklah saya guna perkataan berhenti, sebab awalnya ditawar untuk kolaborasi, tapi kini kami tidak lagi jalankan apa-apa kolaborasi bersama,” katanya.

Ujarnya lagi, pada awalnya dia ditawarkan untuk berkolaboras dengan usahawan itu untuk menjadi PA appearing untuk ditayang di khalayak ramai.

Bagaimanapun, pemuda itu berkata dia berasa kurang selesa apabila perlu menjalankan tugas seperti PA sebenar. Pendedahan pemuda itu ternyata mengejutkan ramai serta menasihati Qu supaya lebih peka mengenai surat tawaran kerja.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan nasib menimpa Qu itu hampir sama dengan apa yang dilalui bekas pembantu peribadi Vida iaitu Iqbal Zulkifli.

Setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada Vida sendiri mengenai perkara itu. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.