News

Ibarat bom jangka, saya boleh mati bila-bila masa – Azizulhasni


JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menyifatkan
keadaan kesihatan dirinya ibarat ‘bom jangka’ selepas didapati
menghidapi penyakit jantung Anomalous Right Coronary Artery.

Menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini, Azizulhasni
berkongsi pengalaman beliau buat pertama kali kepada orang ramai
berkenaan penyakit jantung yang dihidapinya itu.

Saya tak rasa apa-apa ke dari kecil? Kenapa baru sekarang rasa
simptom dia? Macam mana boleh tiba-tiba nak buat screening? antara
persoalan yang bermain di fikiran Azizulhasni yang terkenal dengan
jolokan The Pocket Rocketman.

Bercakap pasal simptom ni agak panjang ceritanya, tapi jika
dipendekkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini ianya semakin kuat dan
jelas lagi-lagi ketika saya membuat persiapan ke Sukan Olimpik, ujar
Azizulhasni.

“Ketika itu saya ingat semua tu adalah disebab oleh proses umur yang semakin meningkat.

“Semuanya bermula apabila saya kembali berlatih selepas tamat Sukan
Olimpik. Selepas pulang dari satu sesi latihan tu, saya rasa sakit dada
yang teramat dan tidak pernah saya alami situasi seperti itu.

“Saya tahu kali ini bukan biasa-biasa kerana simptoms dia adalah lain daripada yang lain.

“Isteri saya kerisauan dan memaksa untuk terus ke hospital kerana tanda-tanda itu sedikit seperti serangan jantung.

“Saya ni boleh pula memilih untuk pergi selepas dah selesai solat
Isyak atas alasan nak selesaikan kewajiban dulu serta saya juga tahu
mesti akan lama punya kena tahan nanti. Mengamuk member. Saya berada di
wad kecemasan hampir 5 jam, mereka melakukan pelbagai ujian dan hasilnya
tidak pun menunjukkan yang saya telah mendapat serangan jantung.

“Tidak ada peningkatan Troponin dalam darah yang menjadi salah satu
tanda kalau mendapat serangan jantung. Akan tetapi doktor di wad
kecemasan telah mengesan sesuatu yang agak berlainan sedikit pada graf
keputusan ECG saya

“Dari sinilah doktor keluarga saya (household GP) iaitu Dr Ati memainkan
peranan penting pada peringkat awal untuk merungkai apakah permasalahan
yang sebenarnya,” katanya.

Katanya, masa pertama kali mengetahui ada kondisi sebegini, doktor
pakar jantung terkejut dan kata ‘someone look after you and you’re so so
fortunate’.

“Ini bukan kali pertama saya terima kenyataan seperti ini. Waktu
pertama kali dahulu adalah ketika kaki saya tertusuk kayu di Manchester.

“Doktor kata kalau saya seorang manusia biasa yang tidak aktif pun
risiko dia dah tinggi, apatah lagi apabila rutin harian saya sentiasa
berlatih di tahap intensiti tinggi dan berlumba di peringkat dunia
termasuklah Olimpik Tokyo baru-baru ini. Tidak ada mustahil jika Allah
mengkehendakinya ujar saya.

“Keadaan saya ini ibarat bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila
masa. Doktor juga bagi perumpaan yang melintas jalan raya,
kemungkinannya untuk selamat adalah lebih tinggi dari situasi kondisi
jantung saya ini.

“Yang mana faham, mereka fahamlah. Saya memang pasrah waktu tu. Saya
boleh mati pada bila-bila masa, bayangkan kalau korang dapat berita
macam tu. Doktor nasihatkan saya untuk berhenti berlatih dahulu buat
seketika waktu sebelum membuat prognosis kedua untuk ‘double check’.

“Akan tetapi saya sedikit degil, masih teruskan latihan seperti biasa
sebab memikirkan Sukan Komanwel tinggal berapa bulan je lagi.

“Waktu tu juga hemat saya, kalau saya akan mati ‘anytime’ pun, saya
nak buat apa yang saya nak buat dulu. Saya nak manfaatkan Ramadan
sepenuhnya, teruskan aktiviti kegemaran saya iaitu berkayuh dan setiap
hari saya luangkan masa sepenuh-penuhnya dengan isteri dan anak-anak
seperti tiada hari esok. Tanpa anak-anak tahu yang abi nya mungkin akan
pergi pada bila-bila masa.

“Apa yang kita boleh belajar dari perkongsian saya hari ini? Terus
melakukan ‘full screening’ jika anda mempunyai simptoms atau masalah
berkaitan jantung kerana ianya adalah ‘life threatening situation’.

“Kalau anda dinasihatkan untuk berehat maka berehatlah dan janganlah memilih untuk memperjudikan nyawa anda,” katanya. E9

…………oo000oo………..
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat
Whatsapp
Telegram
Facebook
Emel kepada MR
Twitter
RSS

©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.