Entertainment

Halim Othman Reda Myra Berbinti Abdullah

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Myra Natasya mendedahkan bahawa dia merupakan anak tunggal kepada bekas penyampai radio dan pengacara, Halim Othman.

Pendedahan itu mengejutkan ramai sekaligus mengundang pelbagai spekulasi netizen, malah netizen bertindak menyiasat biodata gadis itu namun hairan apabila tertulis nama sebenar Yusmyra Natasya Abdullah.

BACA: Ramai Hairan Kenapa Myra Natasya Anak Halim Othman Guna Binti Abdullah?

Bagaimanapun, segalanya terjawab apabila Myra berkata berkata ibunya Yusnita Omar berkahwin dengan Halim di Thailand pada 1994.

Memetik Harian Metro, Halim berkata dia dan bekas isteri tidak sampai setahun hidup bersama selepas berkahwin pada 1994 dan apabila Myra dilahirkan pada 1995, mereka sudah tidak duduk sebumbung.

“Memang saya tak daftarkan perkahwinan di Malaysia, sebab rumah tangga itu dah tak aman dan saya bersama ibu Myra akhirnya membawa haluan hidup masing-masing.

“Masa daftarkan itu memang bekas isteri letak nama bapa Myra, Abdullah sebab perkahwinan kami di Thailand berkenaan tidak didaftarkan di Malaysia dan ia dianggap tidak sah.

“Ketika itu, saya juga kata kepada bekas isteri tidak perlu besarkan cerita yang Myra anak saya, sebab tak mahu jadi ‘complicated’ dan dia akan terganggu,” katanya.

Dalam pada itu, Halim berkata Myra dijaga sepenuhnya oleh bekas isterinya selepas mereka berpisah. Menurut Halim lagi, dia mengakui pada mulanya kurang selesa dan tak berpuas hati anaknya berbintikan Abdullah, namun dia reda di atas apa yang berlaku.

“Tetapi, apabila dah tersedar sekarang, saya terimalah hakikat Myra binti Abdullah itu dan percaya ada rahmat di sebaliknya. Sesungguhnya, Allah Maha Tahu.

“Malah, bila mana saya fikir-fikirkan lagi, kadang-kadang nama ini apabila kita terima dengan ikhlas binti Abdullah itu mungkin ia juga membawa banyak tuah kepada Myra sekarang.

“Alhamdulillah, saya reda dengan nama Myra binti Abdullah itu dan dengan penjelasan ini kisah kami boleh ditutup dan sekarang ‘move on’ untuk kehidupan seterusnya. Malah, saya juga bersyukur hubungan dengan ibu Myra juga semakin baik,” katanya.

Dalam pada itu, Halim gembira apabila kisah Myra diterima baik oleh orang ramai meskipun ada segelintir netizen membuat spekulasi.

“Saya terima semua komen yang baik-baik ditulis itu. Saya juga tak marah dengan komen yang sebaliknya daripada netizen. Begitu juga dengan penjelasan saya ini, terpulanglah kepada mereka nak terima atau mahu fikir apa. Terserah,” katanya.




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close