Entertainment

Hafiz Suip Gembira Isteri Berhijab

Penyanyi Hafiz Suip meluahkan rasa gembira apabila melihat penampilan terbaru isterinya, Nureffy Jesreel yang kini berhijab.

Berkongsikan berita gembira itu di Instagram, Hafiz turut memuat naik gambar selfie bersama isteri tersayang yang manis bertudung.

BACA: Hafiz Suip Sedih Dituduh Kurus, Cengkung Kerana Dadah

“Ya Allah, semangat gila aku nak selfie dengan bini aku Ya Allah. Semoga hidayat ke seluruh alam. Amin, amin ya Rabbal’alamin. Cantik Nureffy,” katanya.

Khabar gembira itu turut disambut baik oleh rakan dan juga peminat pasangan itu yang mendoakan agar Nureffy terus istiqamah dalam berhijab.

Lebih menjadi perhatian, Ustaz Abdullah Khairi yang yang turut gembira atas berita meninggalkan kata-kata nasihat di ruangan komen.

Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 2016. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne.




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close