Entertainment

Gigi Patah, Aaron Aziz Dipuji Masih Kacak Walaupun Rongak

Gara-gara tersilap langkah ketika melakukan babak aksi, separuh gigi hadapan pelakon Datuk Aaron Aziz patah hingga kelihatan sedikit rongak.

Berkongsika video di Instagram, Aaron menunjukkan gigi hadapannya yang patah. Menurutnya, bergelar pelakon aksi perlu bersiap sedia jika berlakunya perkara sedemikian.

BACA: Aaron Aziz Mohon Henti Sebar Cerita Kak Long 7E

“Nak jadi pelakon kena sedia gigi patah. Kata nak jadi pelakon aksi, sekali sekala patahlah gigi. Stuntman tak sengaja, jadi tiada siapa nak disalahkan,” katanya.

Perkongsian Aaron itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan video dimuat naik pelakon itu. Malah, rata-rata netizen memuji Aaron tetap kacak walaupun bahagian gigi hadapan patah dan kelihatan rongak.

Difahamkan, Aaron telah pun membaiki giginya semula selepas mendapatkan khidmat daripada doktor di sebuah klinik pergigian.




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.