Entertainment

Elisya Sandha Hamil Tujuh Bulan, Suami & Mentua Menangis Kegembiraan

Sejak Januari lalu, hangat diperkatakan mengenai pelakon Elisya Sandha dikhabarkan hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama suami, Uzair Haqimy.

Bagaimanapun, segalanya terjawab apabila Elisya berkongsikan berita gembira dirinya kini sedang hamil tujuh bulan.

BACA: Baby Bump Semakin Jelas, Elisya Sandha Masih Kunci Mulut

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Elisya turut memuat naik video ketika membuat kejutan tentang kehamilannya itu kepada suami dan ibu mentuanya, Sheila Rusly.

Lebih sebak, suami dan ahli keluarganya menangis selepas mengetahui mengenai berita bakal menerima ahli keluarga baru.

“Alhamdulillah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Video ini sangat bermakna, momen terindah dalam hidup.

“Kepada sesiapa yang membaca mohon doakan anak sulung saya ni dan saya juga mendoakan semua wanita dapat pengalaman yang sama,” tulisnya.

Perkongsian Elisya itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah serta mendoakan proses kehamilan dipermudahkan.

Elisya mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy yang juga anak kepada pelakon Sheila Rusly pada 21 Ogos tahun lalu.




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close