News

Dua peristiwa agung dalam sejarah Islam




SETIAP kali tibanya tarikh 17 Ramadan kita akan menyambut dua peristiwa agung di dalam sejarah Islam iaitu Peristiwa Badar Kubra dan Nuzul Quran.

Al-Quran diturunkan untuk menjadi petunjuk kepada seluruh manusia. Diturunkan kepada nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW. Al-Quran merupakan mukjizat yang berbeza daripada mukjizat nabi-nabi yang sebelumnya.

Advertisement

Sebelum diturunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW, seluruh dunia berada dalam keadaan kesesatan dan kekufuran.

Khususnya orang Arab pada ketika itu yang penuh dengan kejahatan seperti merompak, berperang sesama sendiri dan mengambus anak perempuan hidup-hidup.

Inilah antara contoh yang menunjukkan kekerasan hati masyarakat Arab jahiliah sebelum diturunkan al-Quran yang menjadi hidayah yang menunjukkan jalan yang benar buat mereka.

Kitab-kitab sebelum al-Quran hanya diturunkan untuk satu kaum dalam satu zaman sahaja. Berbeza dengan al-Quran yang diturunkan untuk seluruh manusia di sepanjang zaman sehingga hari kiamat.

Al-Quran merupakan mukjizat ilmu berbeza dengan nabi-nabi terdahulu seperti taufan pada zaman Nabi Nuh, ketahanan daripada dibakar api kepada Nabi Ibrahim serta Tongkat Nabi Musa.

Ceramah Badar al-Kubra PAS Negeri Kelantan 1443H
19 April 2022
– HARAKAHDAILY 20/4/2022



Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.