Entertainment

“Dua Peguam Akan Datang Kepada Anda, Mana Mau Lari”

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila pelakon Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga.

Bagaimanapun, Puteri Sarah akhirnya mendapatkan khidmat undang-undangi menyelesaikan isu yang sudah berlarutan beberapa tahun.

BACA: “Saya Bukan ‘Bangkai Bernyawa’ Boleh Telan Gangguan Orang Ketiga” – Puteri Sarah

Terbaru, Puteri Sarah ada memuat naik video di aplikasi TikTok mengatakan bapa kepada wanita tersebut ada memohon maaf kepadanya namun tetap diganggu lebih teruk lagi.

@puterisarahliyana

Good issues come to those that wait ! Me coming at youuuuu woman ?? tunggu i habis vacation jap #fyp#fypage#fypdongggggggg#fyp??viral

? unique sound – Faa? – Faa?

“Kena kacau dan buli siber teruk. Tiada siapa nak mempertahankan saya. Pergi membuat laporan polis. Kesian punya pasal, tidak meneruskan. Bapa dia meminta maaf bagi pihak dia. Dia pun diam.

“Akhirnya, kena kacau ‘double triple’ teruk. Tiada penghujungnya. Menyesal tak teruskan dahulu,” katanya.

Puteri Sarah turut menitipkan pesanan kepada individu tersebut agar bersiapp sedia kerana dua peguam akan datang kepadanya. Bagaimanapun, Puteri Sarah tidak menyebut nama ataupun mana-mana pihak dalam video berkenaan.

“Sekarang, dua peguam datang kepada anda. Persiapkan diri anda. Mana mahu lari. Perkara yang baik datang kepada mereka yang menunggu! Saya datang pada awak. Tunggu saya habis bercuti sekejap,” tulisnya.

Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga iaitu Ira Kaza yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar sejak tiga tahun lalu.




Source hyperlink

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close